
Sulit
3 tahun
Bayi demam panas tapi kaki dan tangan sejuk
Anak saya 1 tahun 11 bulan . Demam panas secara tiba2 . Badan kepala panas tp kaki tangan sejuk dan juga mula batuk kahak dan berbunyi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala demam panas yang bayi anda hadapi. Untuk makluman anda, demam bayi ini terbahagi kepada dua kategori. Pertama suhu demam bayi yang tidak terlalu panas dan boleh dikawal dengan makan ubat demam.
Keduanya, suhu demam bayi yang tinggi, kemudian disusuli dengan:
- Muntah
- Batuk berkahak
- Selesema teruk
- Hilang selera makan
- Lesu dan tidak mahu bermain
- Hanya mampu terbaring
- Timbul ruam/bintik-bintik merah
- Sukar bernafas atau nafas berbunyi
- Mulut kering kerana kekurangan air
Jika melihat bayi anda ada salah satu dari simptom ini, segera bawanya ke hospital untuk dirawat.
Ikut 6 langkah ini bagi kurangkan suhu demam bayi anda iaitu:
- Bagi bayi anda makan ubat demam seperti nasihat doktor. Ubat tersebut mestilah ubat yang telah diberikan oleh doktor di farmasi klinik, selepas terima rawatan.
- Buka pakaian bayi dan basahkan tubuhnya dengan air asam jawa supaya suhu demam cepat turut
- Kerap basahkan kepala dan ubun-ubun bayi dengan air asam jawa tersebut.
- Mandikan bayi dengan air suam . Biar dia rasa selesa.
- Pakaian bayi pula mestilah yang selesa dan nipis . Contohnya, baju yang ada lubang-lubang.
- Kerap berikan bayi minum susu badan atau formula untuk yang 6 bulan ke bawah. Manakala untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, selain susu, beri juga si kecil minum air kosong. Ini supaya tubuh tidak kering.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih