
Sulit
3 tahun
Bayi jatuh katil - aktif tapi kerap batuk
Salam Sejahetra
Bayi saya berusia 5 bulan jatuh katil 1.5 kaki buat kali pertama, jatuh meniarap tapi tidak pasti mana yang jatuh dahulu. Tengok keadaan bayi dari luar semua okay dan dibawa jumpa Dr pun disahkan tiada sebarang tanda yang mencurigakan.
Sebelum kejadian, bayi saya jarang batuk. Kalau batuk pun kalau tersedak susu. Selepas kejadian, dia kerap batuk ketika meniarap, menangis atau ketika nak melontar pitch tinggi. Secara fizikalnya, dia masih aktif dan tiada kesan lain yang vital buat masa ini.
Jadi, apa langkah seterusnya yang perlu saya lakukan untuk memastikan keadaan anak saya lebih terjamin?
Terima Kasih diatas maklumbalas Doktor semua

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- alahan terhadap makanan, suhu atau persekitaran
- gangguan cemas atau tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan struktur saluran pernafasan
Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- jangkitan paru-paru tuberkulosis
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, sinusitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
- Allergic Rhinitis
- Sinusitis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor