
azy_lvh24272002
5 tahun
Bayi lelaki 1 tahun 8 bulan demam berbalik 3 minggu, cirit tahi ada berbiji , batuk, selsema
Apakah saya perlu rujuk keppada pakar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap sesuatu penyakit terutama jangkitan kuman dan virus. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃. Merujuk kepada kes anda, sukar untuk dinilai apakah ini demam ataupun tidak kerana deskripsi tentang demam adalah subjektif. Seharusnya anda memeriksakan suhu tubuh anak anda dengan termometer.
Merujuk kepada masalah najis bayi anda, kurang jelas disini apa yang dimaksudkan dengan cirit berbiji. Adakah cirit itu hanya keluar air ataupun tahinya cair, sila nyatakan warna najis dan sifat pemakanan bayi anda.
Bagi mengubati setiap masalah bayi anda dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Selain itu, silakan rujuk ke doktor agar bayi tidak mempunyai masalah kesihatan terlalu lama. 3 minggu dengan demam adalah tempoh yang sangat berisiko. Anda seharusnya segera bawa bayi ke doktor sekiranya terdapat sebarang keluhan.
Untuk merujuk doktor, silakan klik (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.