
Sulit
4 tahun
Bayi makan pda usia 5bln
hi doktor nak tanya bayi mmg wajib makan bermula 6bulan ke tak boleh bagi awal ke ? 5bulan sebab baby saya dah kurang menyusu siang kadang kadang 1~3oz malam pula langsung taknak menyusu menyusu sekejap saja , badan pun makin kurus , tapi dia
ada minat dekat makanan , ada saya pernah terbagi bubur blend 1sudu bayi tu dia minat minta lagi dia pandai makan tidak sperti sesetengah bayi menghisap sudu . bahaya ke kalau saya mulakan makan skrng
boleh tak ye

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pakar doktor kanak-kanak mencadangkan untuk memberikan makanan (weaning) ketika bayi umur 6 bulan kerana memberi susu pada umur ini dapat membantu bayi dalam menentang penyakit dan jangkitan. Namun begitu, terdapat bayi yang sudah bersedia lebih awal sebelum umur 6 bulan untuk makan makanan (weaning). Jika anda merasakan bayi anda bersedia, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dahulu untuk memastikan bayi anda boleh menerima makanan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.