
elaine.peka
5 tahun
Bayi mengalami sakit tekak
saya ibu kepada seorang anak 1 tahun 5 bulan. Saya nak bertanya kepada doktor mengenai kesihatan anak saya di mana dia telah mengalami sakit tekak yang mana menyukarkan dia untuk bercakap secara kuat.adakah sakit tekak anak saya boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru dia atau tidak. dan boleh ke saya membeli ubat batuk dan antibiotik shj atau perlu consult on doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, maklumat yang anda berikan adalah tidak cukup untuk pihak kami membuat kesimpulan tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk pengetahuan anda juga, antibiotik tidak boleh dibeli tanpa preskripsi doktor dan terdapat ubat khas yang sesuai untuk kanak kanak kecil. Oleh itu, elakkan membeli sebarang ubat tanpa nasihat doktor. Sila bawa anak anda ke klinik untuk pemeriksaan atau Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.