
Sulit
4 tahun
Bayi newborn sering muntah
Saya mempunyai bayi yg berusia 27 hari. Saya dapati bayi saya mempunyai kahak & sering tidak selesa seperti mendengus, meneran dgn kuat. Apabila menyusu, dia akan muntah mengeluarkan lendir & muntah dgn banyak. Saya ada menyuarakan hal ini kepada doc ketika checkup, katanya biasa kerana mungkin air ketuban belum habis keluar drp paru-paru. Namun, saya masih risau. Saya merasakan ianya jangkitan. Saya risau jika susu yg dimuntahkan itu Akan menjejaskan tumbesaran bayi saya. Mohon pencerahan kepada saya, first time mother.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah kahak, mendengus dan muntah mengeluarkan lendir yang banyak yang dihadapi oleh bayi anda boleh disebabkan seperti apa yang dikatakan oleh doktor anda. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh bayi anda yang menghadapi selesma kerana sistem imun pertahanan bayi yang baru lahir adalah masih lemah, sehingga menyebabkan hingus ditelan dengan sangat banyak dan dimuntahkan oleh bayi anda. Ini adalah kerana bayi anda tidak tahu cara untuk mengeluarkan hingus pada usia yang sangat muda.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh alahan susu yang diberi kerana susu yang paling sesuai diberi selepas lahir adalah susu badan (breastfeeding) kerana ia mempunyai antibodi yang semula jadi untuk meningkatkan dan mematangkan sistem pertahanan bayi anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kami sarankan anda untuk mengeluarkan hingus bayi anda terlebih dahulu dan memantau simptom yang bayi anda hadapi sekiranya ia semakin pulih ataupun tidak. Anda boleh buangkan hingus bayi dengan menggunakan kaedah yang berikut:
- Gunakan air normal saline, isikan dalam picagari dan tembak masuk ke dalam lubang hidung bayi yang tidak tersumbat (satu belah sahaja).
- Gunakan alat Nasal expirator
- Gunakan mulut untuk sedut hingus tersebut. (tidak digalakkan)
Sila bawa bayi anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya bayi anda mengalami masalah ini berlarutan serta sekiranya bayi anda menghadapi simptom-simptom lain seperti muntah hijau, demam, sembelit ataupun cirit-birit.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.