
Sulit
5 tahun
Bayi pramatang 35 minggu
hii doctor , adakah normal bayi pramatang 8 bulan masih belum meniarap sendiri. bayi akan meniarap dengan bantuan sahaja itu pun hanya sekejap dan dia akan terus berpusing… tapi bayi sudah boleh berdiri n duduk dengan bantuan… bayi pramatang 35minggu

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, tumbesaran bayi dipengaruhi oleh latihan, umur bayi sewaktu dilahirkan dan mengikut bayi itu sendiri. Secara normalnya, bayi akan mula boleh berpusing dan meniarap pada usia 4 bulan. Jika bayi dilahirkan secara pramatang, terdapat kebarangkalian dari segi kelewatan untuk melakukan aktiviti atau perkara yang boleh dilakukan bayi lain pada usia yang sama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.