
Sulit
4 tahun
Bayi pramatang tak membuang selama 4hari
Hai doktor, bayi saya lahir pramatang 33minggu skrg bayi saya umor 65hari Mase lahir berat 2.05 skrg 3.0 keatas . Masalah bayi saya skrang ialah die tak membuang selama 4 hari full BH , kencing okey menyusu okey kadang² bile selepas menyusu keluar susu ikut mulut kdang² banyak kdang² sikit . Kadang² die menangis sambil meneran banyak ketut . Perut x keras . Adakah ini normal doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bayi anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, bagi bayi yang menyusu badan, sembelit jarang berlaku. Namun, sekiranya bayi anda membuang air besar kurag sekali sehari pada minggu-minggu awal kelahirannya, ini boleh bermakna bayi anda tidak menerima asupan nutrisi yang mencukupi. Kemudian, sekitar usia 6 minggu hingga 3 bulan, kekerapan membuang air besar dapat menurun menjadi satu hari atau bahkan satu kali setiap dua hingga tiga hari. Anda disarankan untuk pergi berjumpa doktor sekiranya bayi anda tidak buang air besar lebih dari tiga hari berturut-turut.
Bayi yang diberi susu formula biasanya memiliki pergerakan usus yang lebih lambat. Rujuk segera kepada doktor jika dia tidak buang air besar lebih dari lima hari kerana itu boleh menjadi tanda sembelit.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Akan tetapi, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih