
Anonymous
5 tahun
Bayi prolonged jaundice
Saya ibu kepada bayi berusia 18 hari yang mana disahkan sakit prolonged jaundice…kelmarin nurse ada bagi dua bekas iaitu merah dan kuning untuk isi air kencing bayi.Saya nak tanya dalam bekas merah ada serbuk berwarna putih, jadi serbuk tu kena buang ke atau tidak? Sebab kelmarin lupa nak tanya nurse.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ujian yang biasa dilakukan bagi bayi yang menghidap jaundice adalah ujian darah. Manakala ujian air kencing boleh melihat kadar bilirubin dalam air kencing bayi. Namun begitu, pihak kami kurang pasti tentang serbuk putih yang anda maksudkan.
Sebaiknya, hubungi klinik yang anda kunjungi untuk pemantauan jaundice anak anda bagi mendapatkan kepastian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.