
Sulit
3 tahun
Bayi saya mengalami angin pasang atau hernia
Anak saya berumur sebulan lebih dan ketika lahir doktor sahkan undesent testis iaitu hernia… soalan saya adakah hernia ni menyakitkan? Kerana anak saya setiap malam 3-4 jam.menangis seakan kesakitan… adakah punca dari masalah ini? Boleh kah pembedahan dilakukan dengan segera?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan bayi anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, bayi anda sedang mengalami angin pasang dan ingin mengetahui tentang simptom serta rawatan yang sesuai. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk makluman anda, gejala yang paling biasa terjadi bagi hernia adalah bengkak atau benjolan di kawasan yang terjejas. Bagi kes hernia “inguinal”, anda mungkin dapat melihat benjolan di bahagian sisi kanan atau kiri pada tulang kemaluan di mana paha dan kawasan kemaluan bertemu.
Anda lebih senang untuk merasa hernia tersebut apabila anda berdiri, membongkok, atau batuk.
Sekiranya bayi anda mempunyai hernia, anda mungkin hanya boleh merasai benjolan tersebut apabila dia menangis.
Gejala-gejala yang lain dalam hernia “inguinal” termasuklah:
- Sakit atau rasa tidak selesa di kawasan yang terjejas (biasanya di bahagian bawah abdomen), terutamanya apabila membongkok, batuk, atau angkat sesuatu yang sangat berat
- Tekanan, atau rasa berat di bahagian abdomen
- Rasa panas atau bunyi-bunyi di kawasan benjolan
Rawatan untuk penyakit ini adalah bergantung kepada tahap kesihatan bayi anda. Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.