mumtaztmc88
4 tahun
Bayi sebulan tidak berak
Salam/hello doc
Bayi saya berumur 1bln 9hari…dia bf dan fm…tp fm 1or2 kali sehari sahaja…tapi selarang sudah 6hari tidak berak…
Perut sedikit kembung walaupun kerap berak…merengek kuat jg…tiada muntah…kerap menyusu
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sembelit
- intussusception (masuknya bagian tubuh satu ke lainnya).
- Malrotasi dan volvulus (usus berpotensi terputar).
- Necrotizing enterocolitis (infeksi serta bengkak pada perut).
- Kelainan genetik kistik (tersumbatnya saluran pencernaan) dan penyakit Hirschsprung (kelainan usus besar sejak lahir).
Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting bagi anda melakukannya secara perlahan-lahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.