
Sulit
4 tahun
Bayi setahun sembelit
Bayi saya berumur setahun. Walaupun sudah tukar susu formula, lebihkan sayuran, mengambil buah-buahan dan air masak secukupnya setiap hari namun bayi saya sering mengalami sembelit, kadangkala sehingga terdapat darah dalam najis. Bayi saya hanya akan membuang air besar setiap 3 hari atau lebih, dan selalunya bayi saya akan menangis dan tidak selesa tiap kali hendak membuang air besar. Adakah yogurt asli dan oat segera sesuai untuk membantu melawaskan bayi saya? Apakah makanan tambahan lain yang sesuai bagi bayi berumur setahun yang mudah mengalami sembelit? Adakah tekstur makanan pejal memberi kesan terhadap penghadaman bayi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan tentang sembelit yang anak anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab sembelit pada bayi, antaranya ialah:
- bayi yang baru diperkenalkan dengan makanan pejal
- kekurangan serat dalam makanan
- dehidrasi
- penyusunan susu formula
- keadaan cuaca : cuaca panas menyebabkan bayi berpeluh dengan banyak dan mendorong kepada dehidrasi
- tabiat dan diet pemakanan ibu (yang menyusui): perlu juga makan makanan berserat
- keadaan kesihatan : kadang-kadang, masalah melibatkan perubatan seperti kelainan pada saluran pencernaan, bukaan rektum yang kecil boleh menyukarkan bayi membuang najis.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Langkah mengatasi masalah bayi sembelit:
- Dehidrasi boleh jadi punca sembelit yang serius pada bayi. Oleh itu, pastikan si manja mendapat cecair yang mencukupi menerusi susu ibu atau air
- Jika bayi anda sudah mula memakan makanan pejal, pastikan anda memberikannya makanan berserat (buah-buahan dan sayur-sayuran)
- Untuk mengatasi bayi sembelit, anda boleh membantu dengan melakukan senaman bagi merangsang pergerakan usus bayi. Cuba baringkan bayi dalam keadaan terlentang dan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal
- Melakukan urutan lembut pada perut bayi boleh mengurangkan dan meredakan masalah sembelit
- Jika doktor membenarkan, selitkan jus prun ke dalam diet pemakanan bayi anda untuk melembutkan najisnya
Sekiranya langkah yang anda lakukan masih tidak berjaya mengatasi masalah sembelit anak anda, kami menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih