
nfazanie
4 tahun
Bayi spina bifida, doakan anak saya sihat sempurna seperti manusia biasa
Hi, saya baru melahirkan baby spina bifida… adakah punca saya demam panas di awal kehamilan yang menyebabkan baby saya terkena Spina bifida? Di awal kehamilan saya demam dengan suhu yang agak tinggi 39.6 saya jugak ada ambil folic acid sebaik sahaja sy dpt tahu saya hamil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis spina bifida seperti:
- Spina Bifida Occulta:
Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal. - Meningocoele
Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna. - Meningomyelocoele
Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah.
Antara punca terjadinya keadaan ini adalah:
1. Faktor genetik
- Pasangan yang mempunyai anak sebelumnya yang mengalami masalah ini lebih cenderung untuk melahirkan anak lain dengan keadaan yang sama.
2. Faktor persekitaran
- Kekurangan asid folik sebelum dan semasa awal kandungan
- Pengambilan ubebeberapa jenis ubat
- Diabetes yang tidak terkawal.
- Obesiti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.