
Sulit
5 tahun
Bayi sukar menyusu sendiri
Bayi perempuan saya merupakan bayi sindrome down. Berusia 47 hari. Mempunyai masalah janjtung berlubang(partial AVSD dan small PDA). Adakah sebab itu bayi saya sukar untuk menyusu sendiri? Sbb sekarang bayi saya menyusu menggunakan tiub d hidung. Adakah bayi saya akan dapat untuk mengisap susu sendiri?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan ada mengenai masalah ini. Untuk pengetahuan anda, bayi yang mempunyai masalah jantung akan memiliki kesukaran untuk menyusu sendiri. Hal ini kerana penyusuan memerlukan tenaga yang banyak dan boleh menyebabkan bayi sesak nafas.
Berbalik kepada soalan anda, adakah anak anda tidak akan menyusu secara sendiri. Hal ini bergantung kepada rawatan yang diberikan kepada bayi anda bagi masalah dan tahap kesihatan jantung yang bayi anda alami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.