
Sulit
5 tahun
Bayi susah buang Air besar & meragam ketika tidur
Hi doctor,
Anak saya berusia 3w2d, bayi lelaki. Anak saya meragam sepanjang hari, selalu meneran sehingga merah muka dan masih tidak membuang air besar. Kali terakhir dia membuang air besar pada 31/3/2020 jam 3pagi. Dia kelihatan sangat letih Dan sering menguap untuk tidur tapi seakan2 terganggu Dan sering meneran & menggeliat. Apa yang perlu saya lakukan untuk membolehkan anak saya membuang? Untuk pengetahuan Doktor, dia ada sendawa & kentut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah yang bayi anda hadapi boleh disebabkan pelbagai faktor:
- dehidrasi (tidak cukup susu)
- susu formula sesetengahnya boleh menyebabkan gejala tersebut
- masalah usus terbelit
- penyakit Hirscprung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.