
Sulit
4 tahun
Bayi susah buang air besar
Saya mempunyai anak berusia 1bulan mempunyai masalah sukar membuang air besar dan selalu meragam . Apakah punya dan kaedan untuk menghilangkan dan mengelakkan ia berulang

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, berdasarkan kajian, frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
- Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
- Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Namun perlu difahamkan konsistensi najis (i.e. keras, lembik, cair, warna tidak normal) lebih cenderung di perhatikan berbanding kekerapan si kecil membuang air besar. Sealain itu masalah ini sering terjadi di kalangan bayi antaranya:
- bayi yang sedang belajar mengawal pembuangan najis
- faktor trauma
- masalah pencernaan
- atau gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anak anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat sekiranya gejala berlarutan. Tambahan lagi, anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall) . Terima kasih.