
Sulit
5 tahun
Bayi susah nak berak
Anak saya twin lahir 35w5d. Susu yg diberi neosure. Tapi lately ni susah nak berak?berak tapi keras. How doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman puan, masalah yang bayi anda hadapi boleh disebabkan pelbagai faktor:
dehidrasi (tidak cukup susu)
susu formula sesetengahnya boleh menyebabkan gejala tersebut
masalah usus terbelit
penyakit Hirscprung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.