Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Baby saya berusia 3bulan dan fully breastfeed… kekerapan berak biasanya seminggu sekali… tp sekarang dah 15hari belum berak… keadaan baby skrg normal, menyusu spt biasa dan perut xkembung… kentut bau busuk… adakah keadaan ini normal dan jika ya, berapa lamakah limit utk seseorang bayi xberak? Bila saya wajar refer pakar kesihatan? Terima kasih…
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk sebahagian besar bayi berusia lebih 2 bulan yang fully breasfeed, tidak berak selama beberapa hari itu adalah normal. Hal ini kerana, susu ibu mempunyai keseimbangan pemakanan yang sempurna untuk bayi anda, sehinggakan sisa susu yang menjadi najis adalah sangat sedikit. Yang penting adalah untuk anda perhatikan apakah terdapat tanda-tanda sembelit seperti:
Bagu sesetengah bayi lain yang mana tidak buang air besar lama, terdapat masalah kesihatan yang mungkin terjadi berupa:
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.