
Sulit
4 tahun
Bayi terjatuh dan tergigit lidah
Hi doctor… anak saya umur 1tahun 3 bulan tersembam dan tergigit lidahnya… Tapi sy x da bawa ke hospital sebab pendarahan xbyk sgt. Tp bila saya check ada kesan lidah terbelah sedikit… Macam mana doctor…ada kah kesan nya akan kekal lama atau akan bercantum kembali… harap doctor boleh bg penerangan…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anak tuan/puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak tuan/puan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Umumnya keadaan dimana si kecil tergigit lidah sememangya sesuatu yang agak membimbangkan, lebih lebih lagi apabila ia melibatkan
- luka yang dalam,
- perdarahan berterusan,
- jangkitan kuman/fungus
- atau gangguan fungsi lidah.
Justeru sekiranya anda was-was, adalah lebih baik agar anak anda dibawa berjumpa doktor agar kami dapat menilai dengan lebih baik kondisi sebenar anak anda, dan sekiranya rawatan lanjut diperlukan sesegera mungkin.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.