
Sulit
5 tahun
Bayi tidak mahu menyusu
Bayi saya yang berusia 3 bulan mengalami masalah tidak mahu menyusu sejak sebulan yang lalu. Untuk pengetahuan doktor, bayi saya menyusu botol sepenuhnya. Pelbagai cara sudah saya lakukan seperti tukar susu, tukar puting botol, dan membiarkan bayi saya benar-benar lapar sebelum memberikannya susu namun masih sama sedangkan sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang masalah semasa menyusu. Malah kadang-kadang bayi saya sehingga meronta-ronta menangis kerana tidak mahu menyusu, walaupun sudah 4-7 jam tidak menyusu. Bayi saya tidak mempunyai sebarang simptom seperti muntah-muntah atau batuk. Bayi saya juga tidak merengek jika dibiar tanpa susu. Namun kadang-kadang dia boleh menyusu seperti biasa. Jadi saya keliru, adakah bayi saya mempunyai masalah kesihatan atau bayi saya memang tidak lapar walaupun sudah 4-7 jam tidak menyusu? Adakah tidak menyusu dalam tempoh jangkamasa yang lama akan menyebabkan masalah kesihatan kepada bayi saya? Untuk pengetahuan doktor juga, berat bayi saya hanya bertambah 300g sahaja bulan lepas (jangkamasa sebulan)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana, kami harus mengetahui juga corak atau jenis najis bayi ; apakah bayi dapat buang air besar dan buang air kecil dengan baik, kuantiti najis, sifat dan sebagainya.
Secara umum, masalah ini boleh timbul akibat beberapa hal seperti:
- Posisi pemberian susu yang tidak benar. Bayi seharusnya tidak dibiarkan berbaring sewaktu minum susu.
- Tatacara pasca minum yang tidak benar. Untuk mengurangkan kembung, pastikan bayi duduk tegak sehingga sendawa.
- Kuantiti susu yang terlalu banyak. Pada bayi. kuantiti susu seharusnya ditambah setiap minggu atau bulan sedikit demi sedikit.
- Suhu air yang terlalu panas.
- Bayi tidak mempunyai skill untuk minum dari botol. Biasanya pada bayi yang lahir tidak cukup matang.
- Adanya penyakit kongenital seperti herpes ataupun kuning
- Akibat penyakit berjangkit seperti jangkitan virus di sistem pencernaan
Memandangkan ia boleh disebabkan oleh pelbagai hal, justeru anda amat digalakkan untuk merujuk doktor. Silakan segera ke doktor sekiranya bayi mempunyai gejala berikut:
- demam
- muntah
- batuk
- sering menangis
- sesak nafas
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.