
Sulit
4 tahun
Bayi tidak pernah mengalami demam
Bayi saya berumur 7 bulan dan tidak pernah mengalami demam walaupun selepas dia menerima vaksin wajib. Bayi saya pernah mengalami batuk dan selesema dalam jangka masa pendek dan meragam.
Bayi saya pernah ditahan di wad NICU kerana demam kuning yg sangat tinggi dalam tempoh 24jam selepas lahir dan terpaksa untuk buat ET.
Soalan saya, adakah normal untuk bayi tidak mengalami demam? Pertanyaan bukan sebab saya berharap anak saya demam. Hanya kerana anak2 saya sebelum ini belum pernah begini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, sekiranya anak anda tidak mengalami sebarang gejala, anak anda sihat dan keadaan ini adalah normal. Bayi atau individu secara amnya akan mengalami demam dan gejala yang lain sekiranya mendapat jangkitan virus, bakteria atau kulat. Anda tidak perlu risau dan dinasihatkan untuk memantau kesihatan anak anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.