Sulit
3 tahun
Bayi tidur meniarap
Berapa bulan bayi boleh tidur meniarap? Bayi saya hampir 2 bulan, saya bagi dia tidur meniarap kadang2 tp d larang oleh org tua2. Adakah tidur meniarap bahaya utk bayi saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang bayi anda.
Untuk makluman anda, bayi hanya boleh bertukar posisi meniarap sepenuhnya sekitar 5-6 bulan atau lebih awal mengikut bayi tersebut. Anda tidak digalakkan membiarkan bayi anda tidur meniarap berseorangan dan tanpa pengawasan. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan bayi anda lemas dan sesak nafas kerana mereka bmasih belum boleh meniarap sepenuhnya. Sekiranya anda ingin bayi anda tidur meniarap, sila pastikan ianya bukan pada tempoh yang panjang atau berseorangan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.