
Sulit
5 tahun
Bayi umur sebulan batuk dan selesma
Apa perlu buat sekiranya bayi umur sebulan ada batuk dan selesma. Tidak lena tidur malam asyik menangis saja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah batuk dan selesema yang anak anda alami boleh disebabkan:
- Iritasi saluran udara - akibat jerebu atau asap rokok
- Demam selesema atau jangkitan influenza
- Penyakit asma - sering teruk waktu malam
- Jangkitan saluran udara
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti gejala demam, kahak ataupun badan lemah serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.