
Sulit
5 tahun
Bby x berak selama 6hr
slm sjhtera doc… doc… apakah normal bby x berak selama 6hr?tp perut x kembung, slalu jg kentut2… shgga dsngkakn bby sd berak ttpi hnya kentut2 sja… bby jg x muntah… cuma berak blm lg doc… bby sy br berumur 31hr…tolg bg pencerahan doc… tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk sebahagian besar bayi berusia lebih 2 bulan yang fully breasfeed , tidak berak selama beberapa hari itu adalah normal. Hal ini kerana, susu ibu mempunyai keseimbangan pemakanan yang sempurna untuk bayi anda, sehinggakan sisa susu yang menjadi najis adalah sangat sedikit. Yang penting adalah untuk anda perhatikan apakah terdapat tanda-tanda sembelit seperti:
- menangis
- hilang selera makan (minum susu)
- muntah
- kembung
- harus meneran
- kotoran cair atau keras
Bagi sesetengah bayi lain pula, yang mana tidak buang air besar lama, terdapat masalah kesihatan yang mungkin terjadi berupa:
- Hirschsprung disease akibat kehilangan sel saraf di usus
- Volvulus - yaitu apabila bahagian usus terbelit
Justeru, melihat kepada kondisi bayi tidak berak yang boleh jadi normal dan juga tidak, anda digalakkan untuk memeriksa ke doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.