Sulit
3 tahun
BCG anak luka semula selepas 2 tahun
Anak sy berumur 2 tahun sekarang. kesan BCG yg ambil sewaktu bayi dlu luka semula. adakah ianya merbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu luka pada bekas suntikan BCG. Namun, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda seperti sifat luka yang anak anda alami sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, untuk makluman anda, vaksin BCG kerap menimbulkan bekas luka sebagai respon tubuh untuk memperbaiki jaringan yang terluka oleh suntikan.
Sebaiknya, anda perlu mengawasi luka tersebut dan jangan tekan atau gosok tempat suntikan. Elakkan daripada sapu apa-apa bahan pada tempat suntikan. Mandikan anak anda dengan sabun dan air sudah memadai walaupun ada luka pada lengan.
Anda amat disarankan berjumpa dengan doktor sekiranya luka yang anak anda alami semakin besar atau mengalami gejalas seperti:
- demam tinggi
- keluar nanah pada bekas suntikan
- bengkak kelenjar- Jika anak anda mengalami bengkak kelenjar,sila berjumpa doktor untuk memastikan bayi anda tidak mengalami pembesaran kelenjar di tempat lain atau tanda fisikal lain yang membawa pada diagnosis baru.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Maklumat lajut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih