
Sulit
4 tahun
Bdan rasa lesu,sakit tekak dn mengigil
saya mengalami skit bdn,bdn rasa lesu dn mengigil.dada trasa sakit sblh kiri,sering sendawa dn tekak skit…kdang2 rasa nk pitam…boleh sy thu kenapa…bru2 ni sy mengalami gastrik

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya ialah ;
- Asid refluk/ GERD
- Keracunan makanan
- Gastritis
- Masalah ulser perut
- Anemia
- Hypoglycemia (Kekurangan gula dalam darah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.