
Sulit
4 tahun
Bebola mata sakit hingga ke kepala
Salam doktor saya lelaki umur 23. Setiap kali lepas bangun tidur mata kiri saya akan sakit hingga ke kepala. Dalam berberapa jam. Selepas itu dia pulih sendiri. Dah jadi semingu. Sakit berdenyut. Kelopok mata kiri belah bawah rasa getar kadang kadang. Boleh saya tahu sebab apa kena mcm ni. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit mata ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Glaukoma
Neuritis optik
Migrain
Iritis (keradangan pada iris)
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.