
Sulit
5 tahun
Bebola mata sebelah kiri selalu berdenyut
Saya mengalami masalah dimana mata sebelah kiri saya selalu berdenyut dan menyebabkan sakit kepala di bahagian kiri sahaja…Selalu berlaku sekiranya saya bermain atau menghadap phone terlalu lama dan sakit itu hanya akan terasa di bahagian mata sebelah kiri setiap pagi semasa tidur atau sewaktu bangun tidur …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, mata yang keletihan selepas menghadap skrin seperti telefon atau laptop adalah punca biasa sakit mata yang boleh merebak ke kepala. Oleh itu, elakkan menghadap skrin terlalu lama. Rehat atau alihkan pandangan setiap 30 minit. Jaga jarak mata anda dengan skrin dan selaraskan keterangan skrin sesuai dengan keadaan pencahayaan persekitaran agar tidak menyakitkan mata.
Rujuk kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.