
Sulit
4 tahun
Bedah tukar Injap jantung
Saya ada buat pbdahan tukar injap jantung, dan makan ubat cair darah yang warna pink tu mkan sebijib setengah. dan saya tak boleh makan vitamin K…sya nak tau kalau sebualan sekali,dua saya makan makan mkanan yang ada vitamain K… boleh tak…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Secara amnya, vitamin K ataupun makanan yang mengandungi tinggi vitamin K akan menyebabkan ubat cair darah (blood-thinners) untuk kurang berkesan. Disebabkan saya tidak mempunyai maklumat tentang kesihatan anda, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Namun begitu, anda tidak digalakkan untuk memakan makanan yang mempunyai vitamin K kerana bimbang pada komplikasi yang boleh berlaku.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.