
Sulit
3 tahun
Bekam sehari sebelum vaksin
Saya berumur 48 tahun dan esok pada hari Rabu (25/8) sy dapat dose ke 2 vaksin. Soalan saya esok saya ada appoitment untuk buat bekam dan beeurut,boleh kah sy berbekam ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai vaksin Covid 19. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda boleh berbekam sebelum dan selepas vaksin, ia tidak akan mempengaruhi kesan dan fungsi vaksin. Walaupun begitu, anda perlu faham bahawa ia tidak dapat membantu mengurangkan kesan sampingan akibat vaksinasi.
Namun begitu, saya menyarankan supaya anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Anda boleh berhubbung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini