Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bekas Covid-19 dan kontak rapat dengan pesakit baharu positif covid-19

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Jun 20, 2021 5:12 PM
Sulit 40 hari

Bulan March lalu saya dijangkiti Covid-19 dan sudah pulih. Hari ni kawan sekerja saya pula positif dan saya kontak rapat dengannya. Adakah saya perlu membuat swab test dan kuarantin lagi? Adakah saya boleh dijangkiti lagi?

Dr Sri Viknarajan 40 hari
General Practitioner

Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami memahami kebimbangan anda terkait wabak yang semakin berkembang, lebih-lebih lagi berkaitan situasi kontak rapat dan kemungkinan terdedah kepada jangkitan COVID-19.

Menurut informasi terkini, individu yang pernah sembuh dari jangkitan COVID-19 masih berpotensi untuk dijangkiti semula dengan virus COVID-19. Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM kontak rapat di definisikan sebagai:

  • Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
    • bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
    • atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
  • Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
  • Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain

Akan tetapi, berdasarkan sejarah dan risiko penularan sahaja, agak sukar untuk menentukan adakah anda benar-benar terjangkiti virus COVID-19 atau tidak. Oleh itu, penilaian selanjutnya hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.

Anda juga digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 bagi menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk mendapatkan ujian saringan COVID-19 melalui beberapa platform yang sedia ada termasuk

  • Ujian dari rumah
  • Ujian di klinik terdekat
  • Ujian secara pandu lalu

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_335614829

Dikemaskini pada: Sun Jun 20 2021 17:12:16 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (25) Anemia (52) Asid Refluks (28) Asthma (16) Badan Gemuk (32) Batuk (262) Benjolan Di Kulit (381) Bisul (70) Buasir (229) Cara Berhenti Merokok (41) Chlamydia (10) Cirit Birit (80) Darah Nifas (17) Darah Tinggi (165) Dehidrasi (2) Demam (622) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (43) Derma Darah (21) Ejakulasi Pramatang (192) Ekzema (15) ENT (1072) Fibroid (29) Gallstone (3) Gastrik (58) Gigi & Gusi (525) Gonorea (67) Haid Berlebihan (178) Haid Berpanjangan (858) Haid Lewat (1953) Haid Sakit (227) Haid Tidak Teratur (2375) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (50) Hepatitis C (12) Herpes (80) Hipoglisemia (1) Hipotensi (22) HIV (353) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (2) HPV (43) Insomnia (95) Jangkitan Coronavirus (3079) Jerawat (187) Kahak (106) Kandidiasis (7) Kebas (278) Keguguran (149) Kehamilan (2165) Kencing Manis (227) Keputihan (757) Keputusan Siasatan (72) Keracunan Makanan (16) Kesihatan Am (4736) Kesihatan Am Wanita (628) Kesihatan Kanak-Kanak (1039) Kesihatan Kulit (43) Kesihatan Lelaki (76) Kesihatan Rambut (117) Kesihatan Seksual (2437) Ketinggian (18) Ketuat (65) Kolesterol Tinggi (68) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (87) Kurang Selera Makan (56) Kurap (46) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (96) Masalah Buah Pinggang (64) Masalah Kencing (1020) Masalah kesuburan (14) Masalah Peluh (72) Masalah Penglihatan (21) Masalah Psikiatri (771) Masalah saraf (9) Masalah Tangan Dan Kaki (532) Masalah Tidur (104) Mati Pucuk (353) Migrain (52) Mual & Muntah (152) Mulut Berbau (18) Najis Abnormal (285) Najis Berdarah (164) Pedih Ulu Hati (89) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (60) Pendarahan Coklat (176) Pendarahan Spotting (228) Penerangan Penyakit (135) Pening Kepala (161) Penuaan (6) Penyakit Jantung (240) Penyakit Kelamin (1131) Penyakit Kulit (1772) Perancangan Keluarga (1174) Pil Perancang Kecemasan (583) Pitam (87) Prosedur Perubatan (194) Psoriasis (17) Sakit Badan (655) Sakit Belakang (163) Sakit Dada (1073) Sakit Kepala (1350) Sakit Lutut (195) Sakit Mata (349) Sakit Mulut (94) Sakit Otot (53) Sakit Payudara (440) Sakit Perut (1659) Sakit Pinggang (210) Sakit Tekak (629) Sakit Telinga (89) Sakit Tulang (128) Sakit Tumit (77) Selsema (44) Selsema burung (5) Sembelit (117) Sendawa (45) Sesak Nafas (819) Sifilis (112) Sinusitis (36) Strok (42) Tidak Datang Haid (192) Tidur Berdengkur (8) Tiroid (181) Tonsil (85) Trauma (13) Ubat-Ubatan (607) Ujian Kehamilan (621) Ulser mulut (28) URTI (107) Vaksin COVID-19 (338) Vitamin dan Nutrisi (104) Wabak bubonic (4)