
sofiafaizal
5 tahun
Bekas jahitan bersalin ceaser terasa ngilu dan gatal
Saya wanita berumur 28 thun. saya sudah pernah bersalin secara ceaser sebanyak 2 kali. Dan kali yang ke 2 sudah masuk 2 tahun 5 bulan. Boleh saya tahu adakah dalam tempoh ini luka ceaser saya dah betul-betul sembuh? Kerana kadang-kadang saya rasa seperti pedih @ ngilu dibahagian ceaser. Kadang-kadang pernah juga bekas jahitan tu terasa gatal. Adakah bahaya kalau saya hamil lagi jika belum masuk tempoh 3 tahun? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, perasaan pedih dan ngilu ngilu ini adalah normal kerana terdapat saraf di sana yang dibedah semasa pembedahan. Selagi anda tidak mengalami gejala seperti demam panas, sakit perut yang serius dan pendarahan daripada faraj, anda tidak perlu risau tentang parut tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.