Sulit
2 tahun
Bekas jahitan buka dan mahu jahit semula
Saya berumur 26thn & mempunyai seorang anak 6thun. Masalah saya selepas melahirkan anak dlu bekas jahitan terbuka. Tetapi sekeliling kulit sekarang sudah baik. Andai saya cuba hamil utk melahir lagi, boleh ke bekas lama dijahit semula utk tutup? Dinding didalam juga sama. Terima kasih harap dpt membantu pertanyaan saya.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umumnya bekas jahitan yang terbuka namun tidak disertai gejala gatal, tanda-tanda infeksi atau keradangan menandakan kawasan bekas jahitan anda adalah terkawal dan sihat. Namun sekiranya anda ingin memperbaikinya atas alasan estetik, anda boleh menyatakan hasrat tersebut pada doktor di hospital. Lazimnya mereka akan menilai samada tindakan yang selanjutnya boleh dilaksanakan atau tidak.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Obstetrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.