Anonymous
6 tahun
Bekas luka jahitan bersalin masih sakit ketika ditekan
Saya berusia 27 tahun dah hari ini sudah 41 hari saya melahirkan anak sulung secara normal.Pada hari yang ke 5 nurse kata jahitan saya terbuka dan saya telah sembuh selepas diberi ubat makan antibiotik.Luka telah sembuh sepenuhnya dan kulit bercantum tapi sehingga kini dalam kulit yg terbuka itu masih sakit ketika saya duduk dan rasa sakit apabila ditekan.Saya sudah beberapa kali refer doktor namun doktor kata luka dah sembuh.Saya runsing dan tidak selesa.Bila selalunya rasa sakit ini akan hilang?.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Permasalahan puan ini memerlukan konsultasi serta pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti puncanya. Terdapat berbagai kemungkinan terjadinya masalah ini. Ini juga mungkin disebabkan bahagian dalam luka masih dalam proses penyembuhan meskipun kulit sudah bercantum dan sebagainya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































