Sulit
2 tahun
Bekas pesakid covid dan isteri
Suami sya positif covid pada 16/6 dan kena pergi kuarantin,pulang k rumah 25/6…skarang masih perlu k suami tidur bilik asing?betul k sebarang cecair dari bekas pesakit covid boleh jangkiti orang lain?boleh k bersama dengn bekas pesakid covid19 tanpa pemakai kondom?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pesakit Covid-19 yang telah pulih tidak akan menyebarkan virus kepada orang lain. Kajian menunjukkan bahawa kebolehjangkitan seseorang individu yang positif Covid-19 menurun kepada tahap rendah selepas 10 hari dari hari pertama gejala. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang sekiranya suami anda menyebarkan jangkitan kepada anda.
Suami anda juga telah pulang dari pusat kuarantin, bermakna dia telah disahkan sihat dan tidak lagi berpotensi menyebarkan virus. Anda boleh berinteraksi dan berhubung dengan suamai anda seperti biasa.
Anda boleh menghubungi talian CPRC untuk maklumat yang lanjut.
Hubungi kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini