Sulit
4 tahun
Bekas pesakit covid 19 dah discharge tapi masih ada batuk hampir 3 minggu tak hilang lagi
Salam doktor, saya bekas pesakit covid 19 dah discharge tapi saya masih ada batuk kering dah nak 3 minggu tapi batuk masih tak hilang lagi. Dah pergi klinik check pernafasan paru2 doktor kata ok dan saya check oxymeter bacaan 97 ke atas. Minum ubat batuk dari klinik yang doktor bagi pun dah tapi still tak hilang lagi. Batuk ni kalau malam je dia aktif tapi siang tak berapa aktif sangat cuma batuk sikit2 je. Bila saya tanya doktor klinik kenapa… dia kata mungkin cuacq malam sejuk tu jadi aktif. Saya nak tanya apa pendapat doktor kalau ada saranan atau langkah perlu saya ambil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sukar tarik nafas, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang, doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































