
Sulit
4 tahun
Bekas pesakit covid berumur 81 tahun
Ayah saya bekas pesakit covid merasa pening apabila buka mata semenjak dia discaj pada 30.1.21 sehingga sekarang. Mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa beliau mengalami masalah sedemikian:
- Tekanan darah rendah
- Masalah telinga
- Masalah cerebellum
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula dalam darah)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda membawanya berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut dan supaya rawatan dan bantuan dapat diberikan. Kami tidak dapat memberikan kata putus memandangkan terdapat lebih banyak maklumat perlu diketahui dan siasatan lanjut perlu dibuat.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami mengenai keadaan ayah anda alami pada masa ini. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini