
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit covid dan contact rapat….. Status covid dalam masa 3 bulan sekiranya contact rapat
Hai, saya nak tanya saya kena covid pada 23/ 7, dan dalam masa 3bulan kawan saya bagitahu saya yang dia positif pada 3/11, saya ada keluar dengan dia pada 30/10… Saya tiada tanda tanda sakit… Tapi untuk kepastian saya nak buat test juga… Tapi kalau saya buat test saya pasti positif juga kan sebab belum lepas 3 bulan lagi… Jadi saya ni nak clasificasikan sebagai apa ye… Sebab saya risau kalau saya kena balik… Dirumah saya ni ada orang tua yang antibodi dia agak lemah… Adakah saya perlu untuk kuarantin jugak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kami memahami kebimbangan anda terkait wabak yang semakin berkembang, lebih-lebih lagi berkaitan situasi kontak rapat dan kemungkinan terdedah kepada jangkitan COVID-19.
Menurut informasi terkini, individu yang pernah sembuh dari jangkitan COVID-19 masih berpotensi untuk dijangkiti semula dengan virus COVID-19. Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
Akan tetapi, berdasarkan sejarah dan risiko penularan sahaja, agak sukar untuk menentukan adakah anda benar-benar terjangkiti virus COVID-19 atau tidak. Oleh itu, penilaian selanjutnya hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Anda juga digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 bagi menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk mendapatkan ujian saringan COVID-19 melalui beberapa platform yang sedia ada termasuk
- Ujian dari rumah
- Ujian di klinik terdekat
- Ujian secara pandu lalu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini