
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit covid positif
Saya ingin tahu adakah bekas pesakit covid positif perlu mengambil vaccin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pihak CDC mencadangkan untuk bekas pesakit COVID-19 untuk mengambil vaksin selepas 90 hari selepas sembuh. Namun ia juga bergantung pada cara rawatan yang dilakukan kepada anda. Jika anda dirawat dengan anticlonal antibodies dan convalescent plasma anda perlu menuggu 90 hari sebelum mendapat vaksin.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan, anda digalakkan untuk mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan ataupun kepada pegawai perubatan di Pusat Pemberian Vaksin anda.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan juga supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini