
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit positif covid
1)Saya pesakit positif covid dan baru habis kuarantin. keesokannya (isnin) saya masuk pejabat dan didapati rakan sekerja positif pada keesokan hari (selasa). adakah saya adalah kontak rapat beliau dan saya perlu kuarantin semula sebagai kontak rapat?
mohon pencerahan, adakah betul sekiranya bekas pesakit postif covid tidak akan dijangkiti dan menjangkiti orang lain dalam tempoh 3bulan?
dalam situasi saya di perkara (1), perlukah saya di kuarantin semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian COVID sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Jika anda negatif dan tiada simptom anda boleh pergi bekerja seperti biasa. Dan jika anda mempunyai pilihan untuk bekerja dari rumah itu sepatutnya menjadi situasi yang ideal buat masa ini.
Seseorang individu boleh dijangkiti COVID-19 lebih dari sekali
Selain itu, adalah penting untuk mendapatkan pendapat daripada orang yang bertanggungjawab di pejabat anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini