
Sulit
4 tahun
Bekas pesakit tibi dan mengandung
Saya bekas pesakit tibi pada tahun 2016 dan mengandung anak pertama sekarang, yang saya pasti batuk kahak memang tak pernah hilang sejak lepas rawatan 6 bulan tetapi batuk kahak saya tidak seteruk kali pertama jangkitan , selera makan pun baik , tidak ada gejala demam atau selsema , rasa sihat dan tidak sakit dada , boleh bersukan dan melakukan aktiviti lain dengan baik . Adakah normal untuk bekas pesakit tibi sekiranya masih batuk berkahak? Apa kah risiko untuk ibu mengandung bagi pesakit tibi ? Apakah tindakkan yang perlu saya buat bagi memastikan saya dan bayi sihat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kehamilan dan penyakit tibi. Berdsarakan keterangan anda mengenai batuk berkahak, sekiranya gejala yang anda alami sudah melebihi 2 minggu , adalah sebaiknya anda berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan bagi mengetahui puncanya.
Mengenai kesan penyakit tibi dan kehamilan, terdapat beberapa risiko kepada kehamilan sekiranya ibu yang mengandung tidak merawat penyakit tibi. Antaranya ialah:
- Risiko kelahiran pramatng meningkat
- Bayi lahir dengan berat badan yang rendah
- Penularan infeksi tibi pada bayi dalam kandungan
- Penularan infeksi tibi pada orang lain di sekitar
Beberapa langkah untuk memastikan bayi sihat dalam kandungan bagi ibu yang mempunyai penyakit tibi adalah seperti:
- makan makanan yang seimbang
- rutin datang janji temu / konsultasi dengan doktor seperti yang dijadualkan
- Segera berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami kesan sampingan ubat termasuklah pening kepala, perubahan penglihatan, mual dan sebagainya.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih