
Anonymous
2 tahun
Belakang leher kanan bengkak
Saya umur 33 tahun. Baru baru ini Saya perasaan belakang leher sebelah kanan Ada nampak sikit bengkak. Apakah puncanya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lipoma
- Jangkitan kelenjar limfa
- Lymphoma (kanser kelenjar limfa)
Sistem limfa berfungsi untuk menyingkirkan jangkitan virus dan bakteria melalui jaringan saluran limfa ke seluruh badan dan juga kelenjar limfa sekali gus menyebabkan kelenjar limfa membengkak.
Anda haruslah segera mendapatkan perhatian pakar perubatan jika mempunyai simptom;
- Berat badan merosot secara drastik
- Kuat berpeluh pada waktu malam
- Bengkak berlarutan untuk masa yang lama.
- Demam dan bengkak menjadi sakit
- Bengkak yang keras
- Bengkak semakin membesar dengan cepat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.