Sulit
4 tahun
Belakang lidah sy luka pedih yg amat
Sy nk tanye belakang lidah luka sy pedih sgt…ape yg perlu sy laku kn…perlu kah sy jumpa dktr…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kesakitan belakang lidah yang anda alami boleh disebabkan:
- Kecederaan akibat gigitan/makanan
- Jangkitan herpes mulut
- Jangkitan kuman/kulat seperti kandidiasis
- Ulser dari penyakit radang usus
- Kurang nutrisi seperti vitamin B
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada doktor anda kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.