Sulit
3 tahun
Belakang telinga berdenyut
saya lelaki berusia 29 tahun…saya mengalami denyutan di belakang telinga denyutan seperti ada bengkak dan bernanah…tetapi tiada apa-apa bengkak dan bernanah di kawasan denyutan…saya mengalami denyutan ini selama 6 hari…pergi buat pemeriksaan kat hospital…pihak hospital menyatakan tiada apa-apa…tapi denyutan itu tak berkurang malah makin sakit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami pada masa ini. Terdapat beberapa sebab yang berkemungkinan yang menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian seperti:
- Radang telinga (otitis media)
- Radang tulang mastoid (mastoiditis)
- Bendasing di dalam rongga telinga
- Tahi telinga yang besar dan keras
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami yang bertauliah.