Sulit
5 tahun
Belum bersedia mempunyai anak
Sy masi blum bersedia mmpunyai anak dan sy telah mnggunakan kaedah makan pill misoprostol ada kah ia selamat ? Dan bole saya tahu atur cara makan nya?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Pertama sekali tahniah kerana anda memahami tentang ketersediaan diri dan kepentingan dalam merancang sesebuah keluarga. Anda telah melaksanakan keputusan yang tepat serta melangkah dengan bijak.
Walau bagaimanapun, umumnya, terdapat beberapa jenis pil perancang dengan indikasi dan cara pengambilan yang berbeza, justeru itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan kaedah rawatan perancangan keluarag yang terbaik buat diri anda saat ini. Selain daripada itu terdapat juga kaedah perancangan keluarga yang lain antaranya termasuk IUCD & suntikan perancang.
Berdasarkan kajian semasa juga, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda.
Lazimnya sesetengah pil perancang akan hanya berkesan jika diambil pada hari pertama haid berlangsung dan berterusan setiap hari, sehingga perancangan keluarga ingin dibatalkan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.




































