
Sulit
3 tahun
Belum datang period sebulan
Saya baru berkahwin 6 bulan period sya baru² nie tidak datang bulan lpas period Saya 11/8 dan bulan nie belum lgy tanda² kuat makan pening kple adakah Saya megndung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Pengambilan ubat hormon seperti pil perancang
- Kesan sampingan sesetangah jenis ubat
- PCOS
Selain itu, anda boleh mendapatkan kepastian dengan mengambil ujian UPT kira-kira 10 hari dari tarikh haid yang terlewat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.