
Sulit
3 tahun
Belum tahu punca sebenarnya
saya remaja 16tahun, sewaktu saya berumur 13tahun, saya selalu sakit. perut dan kebanyakkan doktor kata gastrik dan kebanyakkannya memberi ubat ranitidine, saya amalkan ubat itu smpai saya umur 15tahun, sekarang saya tidak ambil ubat secara tetap sprti ranitidine dhlu kerana ubat itu tidak boleh dimakan lagi, saya mmg kerap sakit. perut, tempat dia tk tentu kdg atas kdg bawah kdg bawah kanan dll, tahun2021 ini dekat hbis puasa perut saya sakit sngt ii smpai sy tkboleh berjalan atau sebagainya ianya berlaku selepas sy makan, kalau sy tkmakan sy cuma cirik birit walaupun keluar air shja, sebelum sakit. perut yang sngt ii itu sya sering mengalami cirit birit selepas makan dalam 2 hingga 3 bulan saya cirit setiap hari, dan sekarang saya tidak lalu makan makanan harian saya, saya hanya makan roti sehari sekali takpun saya hnya minum air, saya masih sakit perut tetapi saya tidak ada ubat untuk makan, mksud sy wktu sy skit. perut sangat ii selepas makn itu sy pergi klinik doc kata angin, ambil makanan tk ikut waktu dan saya cuma dpt ubat angin, sya takut ianya hal yang tidak boleh dianggap remeh, mohon reply doc, dan berat badan saya maintain tk turun walaupun jrg makan cuma makin menaik sy tktahu kenapa, mohon reply doc:slight_smile:

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit ulser peptik
- Sindrom iritasi usus
- Gastrik kronik
- Penyakit radang usus
- Jangkitan usus
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.