
Sulit
4 tahun
Benarkah pesakit seperti lelah tidak boleh menerima vaksin?
saya wanita berumur 38 tahun . boleh saya bertanya benarkah jika saya mengalami penyakit seperti lelah atau asma tidak boleh menerima vaksin COVID-19? terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Secara ringkas, berikut merupakan beberapa kriteria pengecualian penerimaan vaksin COVID-19 pada seperti yang telah digariskan di dalam garis panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan:
- Pernah disahkan positif COVID-19
- Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin sebelumnya
- Mempunyai sejarah alahan terhadap bahan yang digunakan di dalam vaksin
- Mempunyai reaksi alahan setelah menerima suntikan dos pertama COVID-19
- Golongan ibu hamil dan menyusukan anak
- Golongan kanak-kanak
- Golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda supaya gejala yang dialami boleh diketahui puncanya dan boleh ditangani.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini