
kimintan9805
5 tahun
Benda asing berwarna putih ketika kencing
Saya wanita berumur 21 tahun, sejak 3 hari yang lalu, alat sulit saya berasa amat gatal, bukan gatal di bahagian luar. tetapi di bahagian dalam membuatkan saya stress kerana tidak tahu cara menanganinya. Ada satu ketika, ketika saya membuang air kecil, keluar sebilangan cecair pekat berwarna putih … saya rujuk kepada kawan2 saya, mereka menyatakan ianya adalah normal. ianya keputihan. adakah ini normal ? atau saya mempunyai penyakit yg lain ? dan bagaimana ingin menangani nya? mohon bantuan doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, biasanya keputihan faraj yang normal adalah sedikit, tidak berbau dan tidak gatal. Namun bagi keputihan yang anda alami, adakah ia berasal dari faraj atau saluran kencing? Jika ia dari saluran kencing, gejala ini bukanlah sesuatu yang normal. Kegatalan dan cecair putih tersebut boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan saluran kencing
- Radang faraj atau sekitar kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.