
Sulit
4 tahun
Bengakak dan gatal pada vaginal
Saya wanita 27 tahun belum berkahwin sakit ketika menbuang air kecil dan perasan ad bengkak kecil vaginal opening dan masalah keputihan. Dan ada lendiran putih seperti susu basi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami gejala yang dihadapi, seperti:
- Jangkitan salur kencing
- Bartholin cyst
- Vaginitis
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan kelamin (gonorea, sifilis)
- Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengenai masalah yang anda hadapi. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor kerana ia mengganggu aktiviti anda dan menyebabkan kesakitan semasa membuang air. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia mungkin boleh menyebabkan komplikasi.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda:
- Demam
- Kencing terlalu kerap
- Loya dan muntah
- Kencing berbau dan bercampur nanah
- Terdapat cecair berbau keluar dari faraj
- Pitam
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bertanya mengenai masalah yang anda hadapi dan mendapatkan pencerahan lanjut daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.